Pengulangan DNA atau
sintesis DNA ialah proses untuk menyalin bebenang
DNA. Oleh sebab bebenang DNA adalah anti-selari dan saling melengkapi, setiap bebenang boleh bertindak sebagai templat untuk membuat salinan bagi bebenang yang bertentangan. Bebenang templat dikekalkan pada keseluruhannya dan bebenang baru dicipta daripada
nukleotida trifosfat. Proses ini dipanggil
pengulangan separa konservatif. Secara ideal, kedua-dua bebenang yang dihasilkan adalah sama tetapi pada hakikatnya, kesilapan sering berlaku, walaupun terdapat baca pruf dan mekanisme semak salah bagi memastikan kesetiaan pada tahap yang amat tinggi.Dalam satu
sel, langkah ini adalah wajib sebelum
pembahagian sel boleh berlaku.
Prokariot tidak henti-henti mereplikakan DNAnya dan penciptaan satu
kromosom baru adalah langkah mengehad bagi pembahagian sel. Untuk
eukariot, pengaturan masa amat dikawal dan ini berlaku semasa
fasa S dalam
kitaran sel, dan mendahului
mitosis atau
meiosis. Proses ini juga dapat dilaksanakan in vitro dengan menggunakan komponen-komponen bancuhan atau tiruan dalam sebuah proses yang dikenali sebagai
PCR.DNA boleh disintesiskan secara buatan, tetapi proses ini pada asasnya bukannya proses pengulangan, dan hanya menghasilkan satu bebenang DNA.